Nabila Huda Pelik Perempuan Melayu ‘Kejar’ Kulit Cerah – “Sedar Tak Kulit Kita Ni Cantik?”

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa hairan apabila ramai kaum perempuan yang obses untuk memiliki warna kulit yang cerah.

Menerusi perkongsian ciapannya di Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata bahawa warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik.

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih.

“Korang sedar tak, kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik,” katanya.

Menurut Abil lagi, dia sangat berbangga dengan warna kulitnya yang seakan-akan warna gula perang itu.

“Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Abil dan menyatakan isu warna kulit cerah ini sebagai ‘beauty standard’ orang Asia yang bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman diejek oleh rakan-rakan kerana memiliki warna kulit yang gelap.

Maya Basir