Terima Tawaran Syarikat Besar, Kini Giliran Anna Jobling Pula Rakam Lagu?

Pelakon Anna Jobling nampaknya semakin menempa nama dalam industri seni tanah air apabila memaklumkan dia kini menerima tawaran dari syarikat terkenal untuk merakamkan lagu.

Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, buat masa ini terdapat tiga syarikat rakaman yang tampil memberikan tawaran, namun perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.

Bahkan, ia terlalu awal untuknya membuat keputusan.

ā€œManager saya ada bagitahu, ada tiga syarikat rakaman yang agak besar namanya melamar saya untuk merakamkan lagu.

ā€œTapi semuanya masih dalam perbincangan pihak pengurusan saya. Lagipun kalau tanya pendapat saya, saya masih belum bersedia.

ā€œSaya dapat tawaran menyanyi tapi masih terlalu awal untuk saya buat keputusan,ā€ katanya.

Tidak menolak kemungkinan bakal terjun dalam bidang nyanyian, aktres yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus ini bagaimanapun menyifatkan, keutamaan harus diberikan kepada bidang lakonan.

ā€œFokus saya memang untuk bidang lakonan tapi kalau sekadar suka-suka mungkin ada,ā€ jelasnya.

Terdahulu, Meerqeen turut mencuri perhatian selepas video memaparkan dirinya berada di studio rakaman sambil menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Joe Flizzow dan Sona One berjudul Ā Satu Malam Di Temasek mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ā 

Ā 

Sumber: Gempak, Instagram

Salma Syahbuddin