Categories: Hiburan

NABILA RAZALI -TAYLOR SWIFT MALAYSIA, WHY NOT?

Gambar yang menjadi kontroversi antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf

Kepada mereka yang tidak mengenali Nabila Razali, mungkin mereka sudah pernah mendengar desas- desus sejak beberapa hari ini berkenaan “kisah cinta” nya bersama Aedy Ashraf mahupun video viralnya yang dikatakan “meroyan” kerana ditinggalkan kekasih. 

Namun, itu semua hanyalah gimik semata-mata!

Bagi Nabila, mungkin video viral yang mengatakan dia “meroyan” itu adalah bagus. Kerana, memang tujuan asalnya adalah untuk mempromosikan single dan muzik videonya yang berjudul Pematah Hati.

Ketika ditanya adakah Nabila sebenarnya meniru atau  menginspirasikan Taylor Swift dan Britney Spears dalam muzik videonya? 

“Saya tidak meniru sesiapa pun. Malah, lagu dan muzik video ini bukan pengaruh dari Taylor Swift mahupun Britney. Saya tak kisah pun kalau ada orang yang membandingkan saya dengan Taylor Swift atau konsep saya dengan Taylor Swift, why not kan? Tapi, sejujurnya kitorang tak pernah berlandaskan Taylor Swift dan apa-apa yang berkaitan dengannya.. “

 

Ketika Majlis Pelancaran Single Pematah Hati.

Muzik Video Pematah Hati yang dikatakan bertaraf antarabangsa ini telah diarahkan oleh dua orang pemuda yang berasal dari Romania dengan menggelarkan diri mereka sebagai storyteller. 

Nak tahu menarik ke tidak muzik video Pematah Hati ni, jom sama-sama kita layari secara terus di https://youtu.be/o6PpiyppDMc.

 

Salma Syahbuddin