Nadia Aqilah Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Nadia Aqilah yang selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.

Perkongsian gembira itu dimuat naik oleh pelakon dan penerbit, Puan Seri Tiara Jacquelina di dalam sebuah entri di akaun instagram peribadinya. 

“Tahniah Nadia Aqilah dan @dunyaduan. Tak aci tau, bagaimana seseorang yang baru melahirkan anak boleh kelihatan begitu cantik? 

“Walau bagaimanapun, bagi pihak keluarga muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL Musical), kami sangat gembira apabila mendapat tahu Nadia dan bayi berada di dalam keadaan baik dan sihat,” tulis Tiara sebagai kapsyen. 

Untuk rekod, Nadia merupakan salah seorang pelakon bagi teater Puteri Gunung Ledang (PGL) pada 2005 yang merupakan teater pertama lakonannya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tiara dan rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada Nadia dan suami atas kelahiran bayi mereka sambil memuji kecantikan Nadia yang tidak seperti orang yang baru bersalin. 

Terdahulu Nadia mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Saiful Ridzuan pada 20 April 2018. 

Del14