Nadya Syahera Tak Mahu Ambil Peduli Suami Diganggu Penyondol – “Saya Tak Rasa Dia Sanggup Bertahan…”

Pelakon Nadya Syahera kini lebih matang dan memberitahu dia hanya berserah kepada Allah agar ikatan perkahwinannya terus bahagia.

Memetik laporan Kosmo, dia enggan ambil peduli jika muncul pihak ketiga yang cuba menganggu keharmonian rumah tangganya.

“Pucuk pangkal adalah ketenangan diri sendiri. Kalau pengacau tiba-tiba datang, saya enggan peduli lagi, namun percaya jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah,” katanya.

Menurut Nadya, dia mendedahkan ada seorang wanita cuba untuk menganggu rumah tangganya apabila melihat kesenangan hidup mereka.

Tidak lagi melatah, dia merasakan individu tersebut hanya melihat daripada luaran sahaja dan tidak menyedari akan kesusahan hidup sepanjang dirinya bersama suami selama lapan tahun itu.

“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya, tetapi saya tak rasa dia sanggup bertahan kalau berada di tempat saya.

“Lupakan saja hajat rebut suami orang. Dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa jadi pada diri sendiri. Allah bayar tunai,” ujarnya.

Terdahulu, Nadya pernah dikecam netizen apabila membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangganya di media sosial seolah-olah membuka aib suami.

Untuk rekod, Nadya dan suami, Fizul Nawi mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam yang kini berusia 10 bulan.

Maya Basir