Tidur Sebilik Dengan Johan As’ari Ketika Menunaikan Ibadah Umrah, Roslan Shah Dituduh Buat Maksiat

Selebriti versatil Roslan Shah dituduh melakukan maksiat gara-gara tidur sebilik dengan pelakon Johan As’ari ketika mereka mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan memuat naik foto bersama Johan dan dua lagi jemaah wanita dengan berlatarbelakangkan Masjid Nabawi di Madinah.

Di dalam foto tersebut, Cik Lan melentokkan kepalanya ke bahu pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengundang kata-kata negatif netizen.

“Maksiat. Tidur satu bilik,” komen seorang individu.

Tidak berdiam diri, Cik Lan mengancam untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana berasa sangat kecewa dengan tuduhan berkenaan.

“Jangan sampai saya buat laporan polis nanti. Jangan suka buat fitnah. Kami masih di Madinah. Memang saya sebilik dengan Johan,” ujarnya.

Malah, dia tidak menyangka wujud manusia yang sanggup melemparkan sesuatu tuduhan yang tidak berasas seperti itu.

“Apalah manusia seperti ini. Kami ukhwah (persaudaraan) sesama Islam. Datuk Ady Putra pun sudah beritahu pada saya untuk amalkan persaudaraan sesama Islam.

“Niat saya pun tidak fikir apa-apa pun. Masya-Allah,” jelasnya.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran di Instagram tersebut sudah dipadam oleh Cik Lan.

Maya Basir