Featured By: Maya Basir February 21, 2023 @ 6:31pm

Tidur Sebilik Dengan Johan As’ari Ketika Menunaikan Ibadah Umrah, Roslan Shah Dituduh Buat Maksiat

Selebriti versatil Roslan Shah dituduh melakukan maksiat gara-gara tidur sebilik dengan pelakon Johan As’ari ketika mereka mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan memuat naik foto bersama Johan dan dua lagi jemaah wanita dengan berlatarbelakangkan Masjid Nabawi di Madinah.

Di dalam foto tersebut, Cik Lan melentokkan kepalanya ke bahu pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengundang kata-kata negatif netizen.

“Maksiat. Tidur satu bilik,” komen seorang individu.

Tidak berdiam diri, Cik Lan mengancam untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana berasa sangat kecewa dengan tuduhan berkenaan.

“Jangan sampai saya buat laporan polis nanti. Jangan suka buat fitnah. Kami masih di Madinah. Memang saya sebilik dengan Johan,” ujarnya.

Malah, dia tidak menyangka wujud manusia yang sanggup melemparkan sesuatu tuduhan yang tidak berasas seperti itu.

“Apalah manusia seperti ini. Kami ukhwah (persaudaraan) sesama Islam. Datuk Ady Putra pun sudah beritahu pada saya untuk amalkan persaudaraan sesama Islam.

“Niat saya pun tidak fikir apa-apa pun. Masya-Allah,” jelasnya.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran di Instagram tersebut sudah dipadam oleh Cik Lan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Nov 2021

Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam. Permohonan itu difailkan plaintif terhadap Nynaa

Featured Thu, 17 Mar 2022

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Alhamdulillah, semua jemaah digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ya 🤩😍

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Vroom Vroom Lebih Sesuai Untuk Ara Johari, Apa Komen Nabila Razali?

Jika dilihat pada muzik video lagu Vroom Vroom di Youtube, rata-rata netizen meninggalkan komen memberitahu lagu ini lebih sesuai dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari. Bagi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu ini, dia tidak berkecil

Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Featured Wed, 1 Sep 2021

Bayaran BKC Dibayar Mulai 6 September, Semak Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Bilik Anak Dato Vida Bagai Hotel 5 Bintang

Bilik Anak Dato Vida Bagai Hotel 5 Bintang termasuk dengan kucing mempunyai hawa dingin sendiri

| Live TV