Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2023 @ 4:54pm

Sebak! Anak Pilih Nama Uwais Buat ‘Adik’, Shuhada Dakwa Hafidz Tabur Fitnah Gugurkan Kandungan

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Sukri, 29, merasa terkejut dan kesal dengan prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai yang ditangguhkan kepada  20 Jun depan.

Menurut Shuhada dia reda dan percaya dengan takdir Allah apatah lagi suaminya itu juga sudah pun mempunyai pengganti.

“Saya tidak mahu panjangkan buat apa lagi sebab dia pun sudah ada pilihan, jadi saya reda. Allah sudah tulis takdir saya sebegitu.

“Jadi, saya betul-betul berserah pada Allah kerana tahu ini adalah yang terbaik buat saya.

“Cuma saya kesal sebab hari ini saya ingatkan semuanya akan selesai. Saya sudah bersedia untuk menjalankan perbicaraan, tetapi pihak sana (Hafidz) minta penangguhan. Jadi, saya agak terkejut,” katanya.

Sementara itu, Shuhada yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual media meluahkan perasaan kecewanya apabila menjawab tuduhan kononnya dia menggugurkan kandungannya secara haram.

“Allah maha baik, Anak Shu dah tunggu kat syurga. Lagipun, semua sudah maklum bahawa saya keguguran dan netizen pun bertanya siapa yang memfitnah saya, tetapi bukan netizen, sebaliknya yang memfitnah saya adalah individu yang mengaku membuat perkara demikian (Hafidz).

“Takkanlah saya mahu menggugurkan, saya mengandung dan bayi ini dalam rahim saya. Anak-anak pun sudah memberi nama iaitu Uwais.

“Jadi, sekarang kes ini dalam siasatan sebab saya belum memberi kenyataan kepada polis dan pulang ke Perlis hari ini barulah saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, menetapkan hari ini bagi sebutan semula kes cerai pasangan itu.

Prosiding membabitkan isu baharu apabila Nurul Shuhada mendakwa suaminya melafazkan cerai terlebih dulu melalui aplikasi WhatsApp pada 22 Januari lalu.

Seterusnya, pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000, selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Feb 2022

“Apabila Dibelah, Kaki Saya Tidak Ada Langsung Darah & Nanah,” – 6 Doktor Pakar Masih Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Pendakwah selebriti terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, 49, mendedahkan sakit misteri yang dialami semenjak tahun lalu masih gagal untuk dikesan biarpun dirawat oleh enam doktor pakar. Menurut Kazim, 49, dia masih meneruskan rawatan bersama doktor […]

Hiburan Sat, 5 May 2018

Awas! Awie Keluar Amaran

Boleh jadi itu merupakan agenda untuk menjatuhkan kerjaya muzik Wings. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kontroversi berkenaan menjejaskan reputasi kumpulan Wings!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan. Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak […]

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Puteri Balqis Dalam Fasa Bahagia, Sifatkan Tunang Sebagai Pelengkap Hidup

Puteri Balqis sifatkan kehadiran tunangnya melengkapi hidup

Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Featured Wed, 29 Jan 2020
error: Content is protected !!