Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 17, 2022 @ 12:04pm

“Apabila Dibelah, Kaki Saya Tidak Ada Langsung Darah & Nanah,” – 6 Doktor Pakar Masih Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Pendakwah selebriti terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, 49, mendedahkan sakit misteri yang dialami semenjak tahun lalu masih gagal untuk dikesan biarpun dirawat oleh enam doktor pakar.

Menurut Kazim, 49, dia masih meneruskan rawatan bersama doktor dan tetap terus berikhtiar untuk berubat menggunakan cara moden dan alternative.

“Syukur Alhamdulillah, saya masih teruskan berubat di hospital. Setakat ini, enam orang doktor pakar yang merawat, tetapi sampai sekarang, sakit yang saya alami masih gagal untuk dikesan.

“Saya buat semua prosedur, ambil darah, ambil sampel, buat imbasan imbasan pengimejan resonans magnetic (MRI) tetapi jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan itu tetap sama, seperti sudah saya jangka.

“Bila saya dimaklumkan yang saya tidak berpenyakit, saya tetap teruskan dengan rawatan alternatif dan terus berubat. Dengan doktor pun sama, saya tetap teruskan berusaha untuk ikhtiar dan akan hadir ke raatan susulan di hospital pada minggu hadapan,” katanya.

Kazim ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) pada Rabu.

Mengimbas semula situasi ketika kakinya menjalani prosedur pembedahan sekitar hujung tahun lalu, Kazim mendedahkan doktor tidak menemui sebarang masalah, malah tiada darah atau nanah yang keluar ketika kakinya dibedah.

“Disebabkan kaki saya sudah membengkak, maka saya memberikan keizinan doktor untuk menjalankan prosedur pembedahan dan memeriksa keadaan saya.

“Apabila dibelah, kaki saya tidak ada langsung darah dan nanah. Bukti saya ada, bukti video, tapi masalahnya hendak tunjuk kepada media, saya takut dikatakan cari propa. Perkara itu yang berlaku, bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Orang Tak Kasi Keluar TV Atau Media Sosial…” – Ustaz Kazim Elias Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk

“Malah ada juga rakaman video ketika kaki saya dibedah, tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah. Sebelum ini, apabila saya mengalami luka biarpun sedikit, darah akan keluar dengan banyak,” tambahnya.

Terdahulu, Kazim pernah membuat pendedahan menerusi sebuah video ‘live’ di laman Facebook miliknya pada Oktober tahun lalu dan ia menarik minat orang ramai.

Kazim menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung serta uzur dan menerusi paparan terbabit, Kazim yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Kazim dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin disebabkan sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Saya Pun Sedang Berjuang” – Amira Othman Terharu Jadi Asbab Wanita Berubah Ke Arah Lebih Baik

Amira Othman akui masih berjuang dalam menjaga aurat, terharu dijadikan idola

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Trending Mon, 13 Nov 2017

如果这些科幻电影少了特效,更本就是在看喜剧嘛!

特效,是指特殊的效果;通常是由电脑软件制作出一些无法在现实出现的场景和情节。在加上特效前,演员到底是怎么揣摩角色?

Featured Tue, 13 Jan 2026

“Komen Terhadap Uqasha Sangat Biadab & Penuh Kebencian” – Aprena Manrose Tampil Pertahan Uqasha Senrose

Aprena mengakui dirinya terkesan membaca kecaman yang diterima sepupunya itu, apatah lagi ketika Uqasha sedang melalui fasa paling sukar dalam hidup.

Featured Thu, 15 Jun 2023
#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

“Lupa Nak Rakam, Boleh Berlakon Balik Tak?” – Imran Aqil Beri Dahlia Rizal Bunga, Ramai Peminat Single Meronta-Ronta

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh. @indomie.dGeram je i tgk perangai dia ni. Sib baik sayang ♬ original […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!