Featured By: Salma Syahbuddin November 16, 2021 @ 2:56pm

“Mungkin Orang Tak Kasi Keluar TV Atau Media Sosial…” – Ustaz Kazim Elias Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk

Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.

Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

Terbaharu, Ustaz Kazim memkalumkan kini mukanya pula diserang rasa pedih yang melampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.

“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia luka lepuh-lepuh,” katanya.

Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan melampau dan luka.

“Sekarang luka lepuh ni kalau tarik dia luka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal.

“Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya.

Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 277,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.

“Ya Allah, banyaknya ujian Ustaz…”

Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

@daiahmed_ Muka @datoustazmohdkazimelias luka dan pedih … kita doakan sama2 kesembuhan Ustaz Kazim … #ujiantandaallahsayang ♬ original sound – Ahmed Ibrahim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gambar Justin Bieber Menangis Jadi Tanda Tanya

Gambar yang menunjukkan Bieber menangis terduduk di samping tunangnya, Hailey Baldwin mula tular di laman sosial! Ini membuatkan para peminat tertanya-tanya…mereka bergaduh ke?

Featured Thu, 1 Jul 2021

Individu Bekerja Sendiri Perlu Mohon Permit Pergerakan Baru Mulai 7 Julai

Pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu selepas 7 Julai di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl

| Live TV