Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2026 @ 1:00pm

Puteri Balqis Dalam Fasa Bahagia, Sifatkan Tunang Sebagai Pelengkap Hidup

Pelakon, Puteri Balqis menyifatkan tunangnya, Didi seolah-olah melengkapi kehidupannya yang dahulu penuh dengan ujian.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish, 18, itu tidak menafikan dia kini berada dalam fasa bahagia dikelilingi insan tersayang.

“Saya sangat-sangat bahagia (keluarga dan kerjaya). Ia seumpama ada satu ‘puzzle’ yang sudah diselesaikan, tapi ada satu lagi ‘puzzle’ lain yang mencantikkan lagi kehidupan saya.

“Ia melengkapkan. Saya sangat berbesar hati dengan keluarga saya dan keluarga tunang saya yang sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian popular Keluarga Itu ini bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung kisah keluarga dan pertunangannya bersama jejaka dikenali sebagai Didi.

“Tentang keluarga dan pertunangan, saya tak mahu bercerita lebih sebab mereka (keluarga) telah melalui pelbagai perkara.

“Jadi, saya mahu berkongsi tentang kerjaya sahaja. Soal peribadi, biar saya jawab yang hanya boleh dijawab sahaja,” katanya.

Imbas kembali, Aqish dipercayai melangsungkan pertunangan bersama Didi apda 12 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Anggun Berbusana Putih, Puteri Balqis Umum Sudah Bertunang

Artikel Berkaitan: “Faris Ayah Tiri, Didi Pula Tunang Saya…” – Puteri Balqis Tepis Dakwaan Terbabit Hubungan Terlarang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Lagu Nora Dalam OST Filem Pulang Yang Korang Kena Tahu

Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Tue, 28 Jun 2022

Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Allahuakbar! Begitulah kasih sayang seorang ibu, pertahankan anak meski perit menahan sakit dipukul. Lufya kata penting untuk setiap wanita ada ilmu silat! Min sokong.

Trending Sat, 31 Oct 2020
Events Thu, 7 Mar 2019
Trending Sat, 31 Aug 2019

Dua Lelaki Indonesia Terapung Diselamatkan

Nasib baik ada jaket keselamatan dimana dapat bertahan hingga bantuan sampai

error: Content is protected !!