Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 31, 2019 @ 11:54am

Dua Lelaki Indonesia Terapung Diselamatkan

Dua  lelaki warga Indonesia ditemukan terapung dengan memakai jeket keselamatan diselamatkan oleh pekerja sebuah kapal kargo di perairan Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata kedua-dua mereka masing-masing dikenali sebagai Rivaldi S Milandi, 22, dan Boby, 21.

Kedua-duanya berasal daripada Benkong, Batam, Indonesia dan bekerja dengan syarikat perkhidmatan bot laju.

”Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Malaysia (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Tanjung Pinang, Indonesia pada 11.40 pagi bahawa sebuah kapal kargo KLM Mitra Sejati menemui dua lelaki berkenaan di posisi lebih kurang empat batu nautika Barat Daya ABMB pada 11 pagi. 

”Mereka dipercayai merupakan dua individu yang dilihat terapung dipermukaan laut oleh petugas kapal Black Forest pada kedudukan 2.5 batu nautika perairan sama pada 8.40 pagi.

”Kedua-dua lelaki  itu  dibawa ke pelabuhan Batam dan diserahkan kepada pihak Polair Polda Kepri (polis perairan), Indonesia untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan dua individu terbabit telah ditamatkan oleh Maritim Malaysia pada 12.15 tengah hari.

Pagi semalam, petugas sebuah kapal dagang melaporkan telah melihat kelibat dua individu terapung di perairan ABMB namun tidak dapat menyelamatkannya berikutan keadaan trafik di perairan itu yang sibuk dan tidak mengizinkan.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia menggerakkan pencarian di kawasan seluas 140 batu nautika persegi bermula dari perairan Tompok Utara, Batuan Tengah sehingga ke Tanjung Penyusup.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 26 Aug 2020
Trending Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Fri, 26 Dec 2025

4 Alasan Kenapa ‘Duyung: Legenda Aurora’ Wajib Masuk Dalam Senarai Tontonan Hujung Tahun!

Filem ini mengetengahkan gabungan elemen mitos, kekeluargaan, pengembaraan dan humor.

Featured Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?

Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.

Hiburan Wed, 28 Dec 2022

“Tak Sekolah Pun Pandai” – Lucunya Gelagat Jebat Jayden Beri Alasan Kepada Sharnaaz Ahmad!

Umum mengetahui, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan […]

Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

error: Content is protected !!