Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa December 28, 2022 @ 6:17pm

“Tak Sekolah Pun Pandai” – Lucunya Gelagat Jebat Jayden Beri Alasan Kepada Sharnaaz Ahmad!

Umum mengetahui, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan Jebat sedang mengira nombor.

Menerusi hantaran tersebut, Jebat mengira menggunakan bahasa Inggeris sehingga membuatkan Sharnaaz memuji kepintaran anaknya.

“Four!” jawab Jebat sambil menunjukkan jari.

“Oi four? Hang cakap orang putih. Hahaha anak papa ni dahsyatlah! Where are you from? Malaysia? You are not from Dubai?” soal Sharnaaz kepada anaknya itu.

Tidak mendiamkan diri, Jebat menjawab soalan Sharnaaz dan turut mengatakan bahawa dirinya bijak walaupun tidak pergi ke sekolah.

“Yes! Yes! Tak sekolah pun pandai,” jawab Jebat.

Terhibur dengan jawapan Jebat, Sharnaaz mengatakan bahawa itu adalah alasan untuknya jika tidak mahu ke sekolah.

“Oh tak sekolah pun pandai? Habis itu guna alasan tak nak pergi sekolah. Kau tengoklah cerdik dia dok pusing. Kalau bab pusing hang memang champion lah boy,” kata Sharnaaz.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat tersebut dan turut berkata bahawa dia merupakan anak yang pintar dan cerdik.

“Hahaha tak sekoyah pun pandai kan Jebat.

“Pandainya Jebat ni.

“Terhibur selalu tengok gelagat Jebat.

“Bijak Jebat ni, soft spoken.

“Hahaha dia punya point tak payah pergi sekolah,” komen netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 885,000 tontonan, 62,000 tanda suka dan 357 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

J-Hope Releases ‘Daydream’ MV With BTS Member Making a Cameo Appearance

BTS’s J-Hope’s latest mixtape and ‘Daydream’ MV is finally released!

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Contest Thu, 12 Jul 2018

#xtra好康头 | 精彩剧集享不停 好礼拿到你手软

xtra好康头!让你边看好剧边赢奖,这简直太完美了吧~

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Trending Fri, 3 Aug 2018

云南16岁少女「天生3鼻孔」16年来只能靠嘴巴呼吸

呼吸,是每一分每一秒都在做的寻常动作,但对中国云南一位少女来说,她竟在16岁时,才靠鼻腔吸到第一口氧气。

error: Content is protected !!