Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 31, 2020 @ 1:55pm

Vokal Mania: Kecewa Tewas Dengan Rookie? Aina Abdul Bakal Muncul Dengan Kejutan Malam Ini

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul mencuri perhatian ramai minggu lalu apabila muncul dalam rancangan realiti Vokal Mania sebagai idol. 

Meskipun kredibiliti vokal Aina tidak dapat disangkal lagi, namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah ini akhirnya tewas di tangan rookie, Alif Kadim di pusingan battle.

Ketika dihubungi Xtra, Aina mengakui dia sedih apabila tewas di tangan rookie, namun beliau juga gembira dengan kemenangan Alif dan memuji kredibiliti Alif sebagai penyanyi berbakat besar.

“Saya Akan Buat Kejutan Minggu Ini” -Aina

Kekalahan itu ternyata tidak mematahkan semangat Aina untuk bertarung sekali lagi di pentas Vokal Mania pada malam ini.

“Aina akan tukar rentak baru minggu ini dengan membawakan lagu balada. Jadi, Aina harap peminat akan dapat menghayati persembahan malam ini,” katanya.

Ha, kalau korang nak tahu lagu apa yang bakal dipertaruhkan Aina. Jangan lupa saksikan Vokal Mania jam 9 malam ini, hanya di TV3! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 May 2026
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Ebit Lew, Ustaz Tido Didakwa Cemar Imej Pendakwah Gara-Gara Pertarungan ‘Gift’ TikTok

Netizen dakwa Ebit Lew, Ustaz Tido guna imej pendakwah untuk keuntungan peribadi

error: Content is protected !!