Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2026 @ 11:00am

“Tak Ada Peminat, Tak Adalah Awak!” – Khadijah Ibrahim Tegur Artis Sombong, Dedah Rahsia Bertahan Lebih 4 Dekad Dalam Industri

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim, 66, tampil memberikan pandangan mengenai sikap segelintir artis yang didakwa meletakkan batasan keterlaluan sehingga dilihat sombong terhadap peminat.

Menurut Khadijah atau lebih mesra disapa Ibu Kathy, peminat merupakan tulang belakang kepada kerjaya anak seni.

“Tak ada peminat, tak adalah awak! Ibu sayang peminat Ibu. Depan tandas pun Ibu ambil gambar, dalam tandas pun ambil gambar! Ibu tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

“Maybe it ‘s just me daripada dulu sampai sekarang, alhamdulillah… syukur pada Allah saya suka, sebab itu adalah saya. What you see, is what you get,” katanya.

Dalam pada itu, Khadijah turut meluahkan kebimbangannya terhadap trend segelintir artis yang terlalu bergantung kepada ‘rating’ sehingga mengetepikan nilai bakat sebenar mereka.

Malah, bersikap sombing terhadap peminat hanya akan memberikan impak negatif terhadap karier mereka dalam jangka masa panjang.

“Bagi saya, kita peminat dulu adalah peminat hardcore. Pergi Sabah ikut, Kuching ikut. Sampai tak kisah pun mana mereka pergi.

“Tapi Adakah anda nak nilai bakat anda ikut rating? Saya tak percaya pada rating. Rating itu boleh membunuh bakat anda sebenarnya.  Contoh, kalau penulisan awak bagus tapi sebab rating orang tak nak baca, macam mana perasaan awak? Kadang kita tengok realiti show based on rating good talent kena tendang.

“Itu susah nak cakap, sebab saya sendiri tak kenal sangat mereka ni. Nombor dua, kalau kita sombong siapa yang rugi? Kita juga kan? Anda perlukan peminat sebab at the end of the day nanti, karier awak tu nak bertahan sampai bila? At least, senyum tu sedekah. Bagilah yang terbaik pada peminat, supaya kita ni dihormati dan disayangi sampai akhir hayat.

“Entah berapa ramai yang akan sedekahkan al-fatihah untuk kita bila kita mati, kalau sombong… kau mati pun orang tak kisah,” jelasnya.

Khadijah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media ‘A Tribute To Sharifah Aini’ yang diadakan di Traders Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Khadijah yang kini aktif sebagai Pengerusi Karyawan turut menyentuh mengenai cabaran menyatukan artis lama dan baharu dalam industri.

Jelasnya, ramai artis baharu yang sukar memberikan kerjasama dengan artis veteran sehinggakan pihaknya terpaksa menunggu maklum balas daripada pengurus mereka shingga berbulan-bulan.

“Itulah yang Ibu cakap, mereka lupa industri ini takkan kekal lama kalau prestasi tak dijaga. They think they can stay for a long time. Tapi realitinya tidak.

“Mereka lupa nak bersatu. Macam ibu chairman karyawan sekarang dan banyak buat kerja kebajikan, konsert, makan malam hanya kerana nak hype up artis-artis mencari rezeki. Kita tak nak mereka terutamanya anak-anak muda ni ketinggalan.

“Tetapi, pengalaman yang kita dapat menjemput mereka ni untuk menyanyi dengan kita (Artis veteran) macam kita ni tak ada benda. Talk to my manager, of course I can talk to your manager, sehingga berminggu-minggu. Bila tanya balik, ‘Do i deserve you?’ sudah tentu tidak. “You think, you can beat us on stage? You cannot beat us on stage”.

“Anda tidak ada pengalaman itu untuk lawan kami di atas pentas. Kami jemput anda sebab kami nak tolong tingkatkan karier seni anda. Tapi bila kami terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan untuk dapatkan jawapan anda, itu namanya kurang ajar.

“Kami pun ada manager, manager kami bawa sampai peringkat antarabangsa. Tak perlu tunggu sampai tiga bulan. Tapi atas dasar hormat kawan lama, kita tak payah melalui manager sangat. Kita orang Melayu ada adab dan sopan santun. Janganlah sampai tahap tak menghormati orang lama,” tegasnya.

Tambahnya, artis baharu juga perlu sedar pengalaman memainkan peranan besar dalam mematangkan persembahan di pentas.

“You think, you can beat us on stage? You cannot beat us on stage. Anda tidak ada pengalaman itu untuk lawan kami di atas pentas,” katanya lagi.

Berkongsi rahsia kekal relevan lebih empat dekad dalam industri, Khadijah menekankan tiga perkara utama yang perlu dipatuhi iaitu disiplin, bakat dan usaha berterusan dalam mengasah kebolehan diri.

Akuinya, sikap merendah diri dan menghargai peminat adalah kunci utama untuk kekal relevan dan disayangi dalam industri hiburan tanah air.

“Disiplin, bakat, dan bagaimana mereka gilap bakat itu. Kita nak mereka datang dan kekal (stay), bukan datang dan pergi.

“Jadi kalau ada apa-apa saya buat sekarang ni, kita jemput… datang. Be part of this. Supaya masyarakat pun tengok mereka ni, menghormati mereka, selain bekerjasama dan kita juga boleh bersedekah. Itulah misi kita.

“Macam Awie, Jamal Abdillah, Ramli MS… kenapa mereka dipanggil lagenda? Sebab mereka tak pernah tanya, “Berapa awak nak bayar saya?” Kita dah tahu harga masing-masing. Mereka ada manager, tapi sebab menghormati sahabat lama, kita tak perlu melalui pengurus dan semuanya jadi mudah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

PANAS! NAFI HALANG SUAMI JUMPA ANAK – DIANA DANIELLE

Diana Danielle tampil memberikan penerangan bahawa dia tidak pernah menghalang atau melarang sama sekali suaminya itu berjumpa dengan anak-anak nya.

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Featured Wed, 11 Mar 2026

Sharifah Aryana Kini Berhijab – “Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik”

Pelakon Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana Alyahya berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengenakan hijab sebagai langkah perubahan yang lebih baik dalam hidupnya.

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Kembali Ke Set, Izara Aishah Letak Syarat?

Mesti rindu nak tengok Izara kembali berlakon, kan?

Trending Thu, 18 Jul 2019

[BREAKING] Samuel’s Father Found Killed with “Signs of Blunt Force Trauma”

We send our sincere condolences to Samuel and his family. May his father rest in peace.

Featured Tue, 28 Oct 2025

“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Kamal Adli merayu agar isterinya, Uqasha Senrose, tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik

error: Content is protected !!