Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2025 @ 1:14pm

“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Pelakon popular, Kamal Adli merayu agar isterinya, Uqasha Senrose, tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik demi kebaikan bersama dan anak perempuan mereka, Hawra.

Menerusi kenyataan kepada media, Kamal mengakui masih menyayangi isterinya dan berharap hubungan mereka dapat diperbaiki tanpa melibatkan pihak luar.

“Untuk isteri saya ‘sayang janganlah macam ni. Kita jumpalah, kita settle cara baik. Benda ni untuk Hawra, untuk anak, Saya pun tak nak share untuk orang lain patutnya untuk kita berdua sahaja.

“Saya minta maaf kalau ada buat salah, tolong saya ada dekat sini sebab bukan untuk saya dan saya datang because of love bukan hates okay. Saya sayang dia sangat-sangat. Saya sayang anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal turut memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang perkahwinan mereka, sekali gus menegaskan niatnya hanyalah untuk memperbaiki keadaan dan bukan untuk menimbulkan kebencian.

Malah, pelakon filem Abang Long Fadil itu turut mengingatkan Uqasha tentang ujiandan dugaan  yang telah mereka lalui bersama sebelum bergelar ibu bapa kepada cahaya mata mereka.

“Tolong fikir balik susah kita nak sampai ke level ni. Sampai ada Hawra.

“Apa yang kita been through mungkin kalau ada khilaf daripada saya.

“Saya mohon maaf. Dan saya letak semua salah dekat saya.” jelasnya.

Sedar dengan sokongan yang diberikan peminat terhadapnya,  Kamal mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan moral terhadapnya, selain berseloroh agar peminat menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya.

“Terima kasih sangat kepada semua yang datang hari ni.

“Macam saya cakap tadi, pergilah spam Instagram Uqasha, cakap ‘Kamal Love You’,” selorohnya sambil tersenyum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Terdahulu, peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Bagaimanapun,  peguam syarie yang mewakili Kamal memaklumkan, Abdul Hadi Mohammad Salleh bahawa prosiding hari ini hanya berlangsung sebelah pihak kerana tiada wakil peguam baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Susulan itu, hakim memberikan amaran dan peluang terakhir kepada Uqasha untuk hadir bersama peguam dalam prosiding akan datang sebelum tindakan lanjut diambil.

Difahamkan, kes tersebut difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan tiada persefahaman antara suami isteri, dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Cerai Kamal Adli ‘Nervous’ Hadir Ke Mahkamah – “Saya Tak Gembira Pun Sampai Di Sini”

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Dakwa Kamal Adli ‘Fake’ & Tak Jujur, Akui Dah Setahun Sabar Demi Anak – “Saya Dah Terlampau Masak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Dec 2024
Trending Fri, 16 Aug 2019

This Model is So Ridiculously Perfect that It’s Becoming Disturbing!

Before we start anything, just take a look at these shots!       View this post on Instagram     Shudu X @wwd X @itsclo3d . . Styled by @thealexbadia Dress by @thegreateros_ Article […]

Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Featured Mon, 22 Feb 2021

“Comelnya Anak Dia!” Telatah Anak Kembar Eina Azman Memasak Cuit Hati Ramai

Pandai betul anak DP Eina Azman bergaya, sama macam Mommy dia😍

Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Dari Sitkom Ikonik Ke Pentas Mega, Senariounion Umum Konsert Mega ‘The Last Kopek’ Sempena 30 Tahun

Senariounion kembali ke pentas menerusi konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun pada 25 April di Idea Live Arena!

Featured Sat, 11 Oct 2025

Ammar Ahyan Mengaku Tak ‘Nonchalant’, Siap Tunjuk Spoiler Kereta Baru 

Anak kepada usahwan selebriti, Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyan atau lebih mesra disapa Ammayan mencuri perhatian warganet

error: Content is protected !!