Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Penyanyi sensasi, Ismail Izzani baru-baru ini hangat menjadi perbualan ramai selepas tular gosip liar mendakwa dirinya telah berkahwin. 

Jelas pelantun lagu Sabar ini, dia sering diganggu oleh seorang individu wanita yang kerap mengugut dan menyebar fitnah berkenaan dirinya. 

“Wanita yang sebarkan pasal saya sudah berkahwin tu pernah DM (direct message) saya dulu dan saya pun dah lama block dia. 

“Dia spam banyak akaun orang yang saya follow dan mereka pun follow saya juga, basically my mutuals. Perkara ni susah pada saya sebab orang yang saya dah lama tak jumpa pun dia DM, buruk-burukkan saya.

“Saya mohon maaf pada mereka dan perkara tersebut pun tak dapat nak dibuktikan. Yang pasti keluarga saya tahu perkara sebenar yang terjadi.. 

“Saya tak tahu sama ada wanita ini dia peminat saya ataupun tidak sebab dulu dia DM saya baik saja. Tapi sampai satu tahap, dia jadi lain. Saya tak pernah terima atau balas DM dia, hanya selalu periksa saja,” katanya. 

Mengulas lebih lanjut, Ismail mengakui tidak mengendahkan wanita tersebut namun individu berkenaan bertindak berani ‘menyentuh’ ibu dan neneknya.

“Perkara ni pernah terjadi dekat saya tapi di Facebook. Saya rasa orang yang sama, pada awalnya saya tak kisah tapi sampai tahap dia buruk-burukkan keluarga saya. 

“Hal ini lebih mencabar dan menyedihkan pada saya daripada gosip liar mengatakan saya dah kahwin sebab itu tak betul. Jadi cukup-cukuplah lemparkan tuduhan dan fitnah pada saya dan keluarga. 

“Saya minta maaf kalau saya ada buat sebarang kesilapan, tapi apa-apapun saya dalam keadaan baik sekarang. Jadi awak boleh teruskan buat apa yang awak nak, saya tak tahu nama sebenarnya.

“Kalau sengaja nak burukkan dan lempar fitnah pada saya, saya harap boleh berhenti sebab ada banyak lagi perkara lain yang boleh membahagiakan diri,” ujarnya lagi. 

Menjawab persoalan dilabel playboy oleh segelintir pihak, Ismail berkata dia hanya menjadi diri sendiri. 

“Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana bila orang label saya playboy. Pada saya biarkan saja. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya hanya jadi diri sendiri dan menikmati kehidupan saya.

“Ini adalah satu benda yang saya perlu hadap, jadi kalau saya ini playboy atau apapun, okaylah. Sebab akhirnya saya akan belajar atas kesilapan sendiri untuk jadi yang lebik baik kepada seseorang dan menjadi suami yang terbaik,” katanya lagi.

Disoal sama ada dia kini sudah mempunyai kekasih baharu, pelantun lagu Luar Biasa ini berkata belum tiba masanya lagi untuk bercinta. 

“Tunggu dulu kot. Saya rasa macam terlalu banyak yang terjadi sekaran dan bagi saya untuk masa sekarang saya nak luangkan masa bersama keluarga dan rakan. 

“Saya tak menafikan ada berjumpa dengan orang lain cuma hanya untuk update pasal kehidupan. Tu saja.

“Saya nak tumpukan sepenuhnya kepada karier nyanyian saya khususnya pada tahun depan,’ katanya ketika ditemui di Sri Pentas baru-baru ini. 

Aqilah Paharuzi