Najwa Latif Jawab Dakwaan Sudah Hamil, Mohon Peminat Doakan Yang Terbaik

Penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan dirinya kini sedang hamil.

Perkara itu tular selepas dia menerima pelbagai soalan dalam kalangan warganet menerusi sesi ā€˜QuestionĀ  And Answerā€™ (Q&A) di Instagram miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, tidak melenting dengan dakwaan tersebut, Najwa memaklumkan dia masih belum berbadan dua, malah sekiranya terdapat sebarang perubahan pada dirinya, itu adalah disebabkan perutnya yang buncit.

ā€œAamiin, walaupun tak pregnant lagi tapi aamiin. Saya belum pregnant (hamil). Bukan pregnancy, salah tupatutnya tahniah kak Wawa untuk perut buncit.

ā€œBelum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok,ā€ katanya.

Terdahulu, khabar angin mengatakan dirinya kini sedang hamil apabila terdapat segelintir peminat yang seolah-olah melihat ā€˜baby bumpā€™ penyanyi itu ketika sedang membuat persembahan baru-baru ini.

Sekadar info, Najwa berkahwin dengan rakan duetnya, Akwa Ariffin pada 11 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Ā 

Ā 

Sumber: Harian Metro, Instagram

Salma Syahbuddin