Sebaknya! Muka Pernah Disamakan Dengan B***, Nadeera Zaini Terkilan -“Lepas Ni Janganlah Kecam Saya Lagi”

Bekas juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim 2, Nadeera Zaini mengaku  sebak dan terkilan apabila mendedahkan ada netizen yang menghina dan melontarkan kata-kata kasar terhadap wajahnya.

Menurut Nadeera atau nama penuhnya, Farah Nadeera Zaini, 30, penghinaan terhadap wajahnya itu adalah keterlaluan apatah lagi ada yang menyamakan rupa parasnya seperti babi.

“Saya terus menangis, kerana pantang jika ada yang bergurau soal rupa paras kerana ia adalah ciptaan Allah.

“Sebenarnya saya tak mahu baca komen selepas dikecam teruk pada kaetika itu, tapi apabila saya lihat semula foto-foto dalam telefon, muncul notifikasi tertulis ‘muka macam babi’,” katanya.

Lebih menyedihkan,, ibu dan bapanya juga turut terkesan dengan kritikan dan hinaan tersebut sehinggakan mereka menangis.

“Saya beritahu mereka supaya bersabar, kerana ini asam garam untuk bergelar sebagai anak seni.

“Ibu bapa sehinggakan ibu saudara saya pun menangis disebabkan penghinaan tersebut,” jelasnya.

Justeru, Nadeera berharap agar orang ramai di luar sana tidak memberikan komen pedas terhadapnya terutamanya melemparkan hinaan terhadap rupa parasnya.

“Saya ingin sekali mohon maaf sekiranya saya melampaui batas. Lepas ni, janganlah kecam saya lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Nadeera mencuri perhatian warganet selepas menjuarai program nyanyian popular dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 baru-baru ini.

Persembahan yang cukup bertenaga persis artis profesional ini berjaya memikat hati penonton dan juri pada program berkenaan.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin