Nak Berhibur Selama 24 Jam Sambil Beramal? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Stream Program Amal COVAiD #BaikSemula

Program Amal COVAiD #BaikSemula yang diterajui oleh Hot FM, bersama-sama dengan Buletin FM, Fly FM dan 8FM beserta platform Media Prima Berhad yang lain adalah satu program bertujuan mengumpul dana untuk para petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan COVID-19.

Program ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada orang ramai supaya terus kekal duduk di rumah dan melihat persembahan sambil beramal menerusi dana yang disalurkan.

Berhibur sambil beramal bersama lebih daripada 43 artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri, juga program Relaksasi bersama Ustaz Elyas Ismail dan Jurulatih Kecergasan, Jordan Yeoh.

Persembahan mereka akan dipecahkan kepada beberapa program di mana ia akan berlangsung selama 24 jam, bermula 4 September 2021 menerusi YouTube Hot FM, Hot TV bermula 12 tengah malam.

Selain itu, pendengar juga boleh menyaksikan malam kemuncak Program Amal COVAiD #BaikSemula yang disokong oleh Central Sugars Refinery (CSR) bermula 10 malam hingga 12 tengah malam. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan dari rumah mereka ialah Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju dan Alif Satar & The Locos.

Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh menyumbang melalui perbankan dalam talian atau membuat deposit ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di nombor akaun (MAYBANK: 5141-0532-3170).

Terus kekal bersama akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

Padin