Penjawat Awam Boleh Perbaharui Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, inisiatif tersebut bakal memberi peluang kepada penjawat awam membuat pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan melalui potongan gaji dan tanpa dikenakan sebarang faedah.

“Premium insurans kenderaan dan cukai jalan cukup mahal ketika ini, jadi penjawat awam akan diberikan ruang untuk membayar secara ansuran”.

Beliau berkata, kemudahan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dan sebuah syarikat takaful.

Beliau berkata, kemudahan itu juga mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan setelah perbincangan mengenainya dengan pihak berkepentingan diperhalusi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”