Dihujani Pertanyaan Peminat, Hannah Delisha Beri Bayangan Sedang Hamil?

Selepas pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal menimang cahaya mata, nampaknya, kini giliran pelakon jelita, Hannah Delisha pula diasak pertanyaan peminat.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Hannah memuat naik foto sekuntum bunga dengan kapsyen “little ones”.

Status tersebut mengundang tanda tanya para peminat dan seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dilihat begitu teruja dan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai kata-kata positif dan tahniah.

Walaubagaimanapun, setakat ini masih tiada pengumuman rasmi daripada Hannah sendiri.

Hananah mendirikan rumah tangga pada Februari  lalu bersama pelakon kelahiran, Singapura Imam Shah setelah menjalinkan hubungan cinta selama lebih lima tahun.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”