Categories: HiburanTrending

Nak Tenang Tonton Wayang, Madammu Beli Tiket Satu ‘Hall’! Netizen Komen: “Lepas Kaya Tetiba Introvert”

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau dikenali sebagai Madammu berkongsi momen meluangkan masa pergi ke sebuah panggung wayang dengan suaminya.

Namun, apa yang mendapat perhatian warganet ialah dia memaklumkan bahawa dia membeli semua tiket wayang untuk sebuah panggung kerana mahu menonton dengan tenang.

“Disebabkan kita nak tengok movie dengan penuh ketenangan! Kita beli semua seat,” tulisnya di Instagram Stories (IGS).

Malah, dia juga mengakui bahawa dia seorang yang berpersonaliti introvert dan menjadi salah satu sebab dia bertindak begitu dengan menunjukkan situasi sunyi dalam panggung tersebut di akaun TikToknya.

“Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Susulan itu, perkongsian Madammu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet menerusi ruangan komennya.

“Bestnya jadi Madam.

“Membazir tu amalan siapa sis?

“Sebelum kaya boleh je tengok wayang ramai-ramai… lepas kaya tetiba introvert… kejap lagi mesti kena serang dengan pentaksub.

“Kan better beli gold class @ platinum ticker,” tulis warganet.

Atiqah Johari