Categories: SelebritiTrending

Individu Tuntut Hutang Bapa Sejak Tahun 2000, Minta Bekas Personaliti TV Wanita Langsai RM130,000 – “Bapak Meninggal, Anak Kena Settle!”

Tiada angin tiada ribut, seorang individu meminta bekas personaliti tv wanita untuk membayar hutang yang berjumlah RM130,000 kepadanya.

Individu itu memuat naik hantaran di aplikasi X mendakwa hutang tersebut adalah hutang arwah bapa personaliti tv tersebut yang difahamkan belum berbayar sejak tahun 2000.

Bukan itu sahaja, individu itu turut menyertakan bukti tangkap layar yang memaparkan dia menghubungi personaliti wanita itu namun akaunnya disekat.

Malah, individu itu turut mempersoalkan gaya hidup personaliti wanita yang juga bekas isteri kepada personaliti tv terkenal tersebut mampu untuk mengerjakan Umrah selain melancong ke luar negara namun hutang tidak berbayar.

 

Walaubagaimanapun, individu itu telah memadam hantarannya kerana diserang oleh warganet dan melihat seperti dirinya pula yang bersalah kerana bertindak sedemikian.

Atiqah Johari