Niat Nak Pergi Berubat Dengan ‘Ustaz’, Akhirnya Jadi Mangsa Cabul

Seorang wanita bersama adik iparnya menjadi mangsa cabul seorang lelaki warga Indonesia yang menggelarkan diri sebagai ‘ustaz’ ketika menerima rawatan di kediaman lelaki itu di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang mendakwa ketika itu dalam keadaan separuh sedar diperlakukan suspek sebelum beredar dari kediaman itu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun bersama adik iparnya, 20, ke rumah terbabit untuk meneruskan rawatan kali ketiga dalam kejadian 9.30 malam.

“Mereka dibawa ke bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cabul lelaki itu.

“Ia adalah kejadian kali pertama dicabul ketika menerima rawatan dengan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi