Categories: HiburanTrending

Achievement Unlocked! Nurul Shuhada Beli Kereta Pertama, Rakan Baik ‘Throwback’ Momen Duka – “Dia Pergi Mahkamah Ulang Alik Naik Bas Dari Perlis”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi kegembiraannya apabila dia berjaya memiliki kereta pertama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shuhada memaklumkan bahawa ia adalah salah satu pencapaiannya selepas bekerjasama dengan sebuah jenama produk kecantikan.

Bukan itu sahaja, dia juga mencabar dirinya untuk menjadi manusia dalam versi yang lebih baik walaupun bergelar ibu tunggal yang diceraikan tanpa ada satu sen di dalam akaun bank.

“Maybe bagi orang lain biasa biasa je. Tapi bagi Shu, Shu dah cuba cabar diri Shu to be different & be better person on 2023. Even as a single mom! Diceraikan without single cents in my bank account,” tulisnya.

Dalam pada itu, salah seorang rakannya turut gembira dengan pencapaian Shuhada dan mengenang semula kesusahan yang dilalui wanita itu sebelum ini.

“Damn girl. Masih ingat hari-hari lalu yang dia naik turun mahkamah. Dia naik bas ke Perlis. Tertinggal bas dan tinggal di rumah saya di KL untuk naik bas seterusnya.

“Dia beritahu saya dia risau akan masa depan kerana tiada wang simpanan dan banyak lagi.

“Saya ada beritahu dia untuk gunakan pengaruh yang dia ada untuk mulakan perniagaan. Tengoklah dia sekarang, saya sangat bangga dengan awak. Saya masih ingat dia mesej saya beritahu dia dicurangi dan sebagainya (sebelum bercerai).

“Kalau Hafidz membaca ini. Shame on you for doing this to the mother of your own kids. Shame on you brother,” tulis individu itu.

Atiqah Johari