Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengaku belum bersedia menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Kata Ayda ketika ditemui di sidang media Rexona #afreshstart di Petaling Jaya semalam, dia mahu membahagiakan kedua orang tua dahulu sebelum bergelar isteri.

” Ramai yang tanya saya bila nak kahwin? bila nak kahwin?, saya cuma mahu menggunakan peluang yang saya ada sekarang untuk mengumpul aset membahagiakan ibu-bapa dan masa depan saya.

” Kalau boleh, saya mahu memiliki rumah dan simpanan yang banyak jadi saya tidak rungsing memikirkan hal masa depan.

” Mak ada beritahu hasrat untuk membuat rumah jadi saya mahu jalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menggembirakan dia,” katanya.

Ayda yang kini dilantik menjadi duta Rexona untuk kempen #afreshstart juga berharat untuk bekerja lebih keras sementara bakatnya masih diterima ramai.

” Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

” Saya anggap ini sebagai rezeki untuk keluarga juga. Selagi saya masih bujang, saya akan cuba membuat mereka gembira meskipun terpaksa berkorban lebih masa untuk mencari rezeki,” akhirinya.

Ayda Jebat kini menjadi pilihan untuk beberapa produk terkenal seperti Rexona, telefon pintar Oppo F9, kerusi urut Gintell, Aura White, Watson dan Jakel sempena Aidilfitri tahun ini. 

Oleh: SGMS Fas

SGMS Faida