Categories: Filem

Hebat! Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Kutip RM 25 Juta

Filem animasi tempatan, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya meraih kutipan tiket RM25 juta selepas tiga minggu di pawagam sekaligus mengatasi filem antarabangsa Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini

Filem terbitan Les’ Copaque Production itu juga mencatatkan jumlah sebanyak dua juta penonton, kata Pengarah Urusan Les ‘Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md. Radzi hari ini.

Kejayaan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini adalah hasil daripada penulisan cerita yang luar biasa dalam mengaitkan watak Upin Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Kos penerbitan filem yang menelan belanja RM20 juta menjadikan ia filem termahal di Malaysia dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Ia dilihat sebagai satu penanda aras baru terhadap mutu industri animasi tempatan dalam semua aspek setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal juga bakal masuk ke panggung wayang di Vietnam, China dan Indonesia tidak lama lagi. Sudah tentu peminat-peminat di negara seberang tidak sabar menunggu filem animasi ini di pawagam. Tahniah Les Copaque Production!

SGMS Faida