Categories: Filem

Tonton Apa Hari Ni: ‘Mustaqim’

Terdapat pelbagai cara untuk mengecapi kejayaan di dunia. Namun, bukan semuanya menjamin ketenangan hidup. Siri terbaharu Tonton Original yang berjudul ‘Mustaqim’ memaparkan sisi gelap realiti hari ini.

Mustaqim (MK K-Clique) merupakan seorang yang berpewatakan lurus dan nakal. Dia juga adalah seorang samseng jalanan kota raya. Di sebalik sifatnya itu, dia adalah anak yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan impian orang tuanya, Pak Mail dan Zainab, untuk menunaikan umrah tercapai.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah hal yang mudah baginya yang menyara hidup sebagai penyelia parkir secara haram. Namun, takdir telah menemukannya dengan Razif (Syafie Naswip) yang mempunyai rangkaian sindiket dadah. Mustaqim telah mula melibatkan dirinya dalam dunia gelap ini.

Mustaqim telah berjaya mendapat kepercayaan Razif. Sebagai orang kanan Razif, dia juga telah bertanggungjawab untuk menjadi perantara dadah antara Razif dan para pelanggannya. Seiring dengan wang yang dijana menerusi dunia dadah ini, Mustaqim juga mula mengumpul wang untuk membiayai kos umrah ibu bapanya. Bukan itu sahaja, dia juga sedia menghulurkan bantuan kepada beberapa rakannya yang berniaga.

Namun, adakah ini caranya dia akan berjaya mencapai matlamatnya yang utama itu?

Cerita Apa? ‘Mustaqim’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan