Categories: HiburanTrending

Ain Edruce Keguguran, Reda Belum Ada Rezeki Timang Anak Kedua – “Gugur Tu Lagi Sakit Dari Bersalin”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika hamil anak kedua.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Ain menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

”Simpan sini buat kenangan. Tak ada rezeki Soraya nak adik lagi,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Ain turut berkongsi momen ketika dia memaklumkan berita kehamilannya kepada suaminya, Amirul Hafiz dan ahli keluarganya.

Menurut Ain, dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital yang merawatnya.

Malah, Ain turut meluahkan rasa sebaknya mengenang reaksi anak sulungnya, Soraya yang sebelumnya teruja bakal mendapat adik.

“Soraya paling happy. Asyik cium perut aku je. Betul lah orang cakap Sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin.

“Waktu ni aku pendarahan non stop. Dari rumah sampai emergency. Tak penah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku.

“Ubat Painkiller paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku time ni. Time ni aku bagitau Soraya “no more baby adik”. kita orang dua-dua nangis.

“Soraya cakap kat aku, “Its okay later Allah give new baby adik”. Raya paling tak boleh lupa,” katanya.

Terdahulu, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Soraya.

Fatin Nurain