Categories: Trending

#SetulusIkhlas: Kisah Pemandu Grab Sanggup Redah Hujan Buat Hati Pengacara Ini Tersentuh

Seringkali kita mendengar kisah-kisah viral mengenai pemandu grab. Netizen, khususnya mempunyai pandangan stereotaip terhadap pemandu grab. Pelbagai kisah seperti kes cabul dan sebagainya tular di laman sosial yang membuatkan reputasi pemandu grab dipandang serong oleh masyarakat. 

Namun, tidak kurang  juga terdapat kisah pemandu grab yang baik hati dan ikhlas membantu penumpang. Yelah, pemandu grab pun seorang manusia juga kan?

Terbaru, pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kisah kebaikan hati seorang pemuda grab yang membantunya.

Menurut perkongsian di laman Instagramnya, Fedtri menceritakan kebaikan seorang pemandu grab yang sanggup meredah hujan  dan hanya menaiki motosikal untuk memulangkan kembali barangnya kepada Fedtri. Malah, Fedtri turut tidak berkira untuk memberi bayaran lebih kepada pemandu tersebut di atas kebaikannya.

sumber: https://www.instagram.com/p/Bv5fQRmAr66/

Mulianya hati pemandu grab tersebut sanggup meredah hujan hanya untuk memulangkan kembali barangnaya. Bak kata orang membantu sesama saudara Islam besar pahalanya. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah dengan membantu sesama manusia. Yang penting, ikhlas. Tak gitu? 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”