Kenapa Agaknya Nama Baby J Jadi Bualan Netizen?

Baby J!

Itu antara gelaran atau panggilan pasangan ini buat putera sulung mereka. Ramai netizen yang berteka-teki apakah agaknya nama penuh pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noornabila ini selepas genap seminggu kelahiran putera sulung kesayangan mereka itu.

Dan, menerusi muat naik dilaman instagram milik Sharnaaz sebentar tadi, beliau telahpun mengumumkan nama penuh putera mereka sebagai Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad. Wow! Jadi betul lah tekaan netizen selama ni bahawa J itu stand for Jebat ya!

Walaupun dimuat naik beberapa jam yang lepas, nampaknya pengumuman itu telahpun mendapat 64,984 likes.
Malah, netizen juga menyifatkan wajah Baby J lebih mirip muka ayahnya.
Baby J selamat dilahirkan pada 30 Ogos lalu disebuah hospital swasta di ibu kota pada jam 9.01 pagi.
Wah! comel betul Baby J kan? Serupa nama yang diberi. Apapun semoga menjadi anak yang soleh.
Salma Syahbuddin