Nama Makin Dikenali… Hasif Upin Dedah Banyak Dapat Mesej Tak Senonoh Lelaki Songsang, Tanya Pasal ‘Ring*n-Ring*n’

Penyanyi Hasif Upin akui namanya semakin dikenali ramai selepas kemunculan single duet bersama penyanyi tersohor, Ziana Zain menerusi lagu Waktu.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Hasif Sharuddin ini, dia sangat gembira apabila orang mula mengenalinya sebagai penyanyi dan bukan sekadar pencipta kandungan.

“Kalau perubahan yang berlaku, dulu ketika saya luncurkan lagu Dilema, saya banyak buat kandungan-kandungan di TikTok.

“Ramai panggil saya abang Upin-Upin ketika itu. Tapi bila saya berduet dengan Ziana Zain, orang mula kenal saya dan nama saya.

“Orang dah lebih kenal saya dari segi nyanyian bukan sekadar kandungan-kandungan saya di TikTok sahaja.

“Saya gembira sangat, bila orang dapat dengar nyanyian saya, orang lebih kenal saya dengan penyanyi,” katanya kepada XTRA.

Hasif mula dikenali ramai apabila video di platform TikToknya mengenai parodi Upin Ipin tular.

Dalam pada itu, disebalik populariti yang mula ditempa penyanyi asal Kota Tinggi, Johor ini, dia juga menerima pelbagai mesej-mesej yang tidak senonoh dari kalangan pengikut.

Lebih menjengkelkan, mesej-mesej yang diterimanya itu kebanyakan datang daripada lelaki.

“Saya banyak terima mesej langsung (DM) benda-benda tak sepatutnya. Boleh dikatakan banyak mesej lucah saya terima.

“Yang paling seram, kebanyakan yang saya terima adalah mesej daripada lelaki. Ada perempuan beberapa saja, yang lain semuanya lelaki.

“Tak adalah terima mesej macam ugutan ke apa ke cuma, ada yang berani mesej cakap ‘ala takkan tak pernah ringan-ringan’.

“Ada juga yang lebih teruk, ada yang cakap sanggup bayar semata-mata nak tidur bersama. Tidaklah saya nak layan,” kongsinya lagi.

Kata Hasif dia tidak menafikan perkara tersebut sedikit sebanyak mengganngunya sebaliknya akan terus menghiraukannya.

“Sebelum ini tiada gangguan sebegitu. Tapi lepas duet dengan kak Ziana banyak pula perkar begitu jadi.

“Saya tak nafikan, ia juga agak menganggu sedikit tapi saya tak layan pun,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haters Minta Hasif Upin Berhenti Menyanyi Dengan Ziana Zain & Dakwa Nama Akan Suam Semula, Ini Jawapan Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 15 Tahun Berbaloi, Ziana Zain Sebak Single ‘Waktu’ Duet Dengan Hasif Upin Diterima Ramai – “Berpuluh Lagu Saya Reject, Bukan Kekwat, Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Balas ‘Paluan Gendang’ Dengan Berdiam Diri” – Diminta Berhenti Menyanyi,  Ziana Zain Nasihat Hasif Upin Abaikan Komen ‘Haters’

Khairil Khusyairi