Categories: Trending

Fazley Yaakob Masih Jalin Kerjasama Biarpun Jenama Minuman Terkenal Kena Tempias Boikot – “Selagi Tiada Bukti, Tiada Masalah….”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob masih menjalinkan kolaborasi bersama rangkaian kedai kopi Starbucks walaupun jenama tersohor itu terkena tempias boikot kerana timbul dakwaan menyokong Israel.

Fazley menegaskan dia membuat kajian terperinci mengenai setiap jenama yang menjalin kerjasama dengan pihaknya.

Menurutnya, jenama itu juga ada menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Memetik laporan mStar, Starbucks Malaysia juga tidak terikat atau didukung oleh mana-mana syarikat dari luar negara.

Justeru, Fazley tiada alasan untuk menamatkan kontrak dengan jenama tersebut atau mana-mana jenama lain.

Baginya, dakwaan tersebut perlulah disertakan dengan bukti-bukti sahih yang menunjukkan jenama tersebut memberikan sokongan terhadap kezaliman Israel.

“Kalau saya nak undur diri sekalipun kenalah ikut kontrak. Selagi tiada bukti, saya rasa tiada masalah,” jelasnya.

Pelantun lagu Asmara ini turut meluahkan kebimbangan berkaitan rezeki peniaga tempatan.

Jika kontrak dibatalkan, ramai pekerja tempatan akan terkesan.

“Saya memikirkan soal kelangsungan peniaga tempatan selain tempat mencari rezeki ramai pekerja tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley bersedia untuk menerima kecaman netizen atas tindakannya itu.

“Saya juga menantikan kecaman dari media sosial, tetapi saya tahu ramai pengikut saya tahu latar belakang saya, mereka tahu untuk menilai sama ada perlu menyokong, hentam atau boikot,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Syamir Shafie