Jodoh Tidak Kesampaian, Mimi Lana Kongsi Luahan Hati Putus Cinta – “Rasa Sakit Seakan Waktu Terhenti…”

Pelakon Mimi Lana berkongsi luahan perasaan sakit apabila putus cinta.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberitahu fasa yang dilalui itu adalah momen yang sukar buat dirinya.

Meskipun tidak menunjukkan kesedihan yang dialami, Mimi terpaksa menyembunyikan luka di dalam hati.

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh.

“Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” ujarnya.

Sementara itu, dia belajar untuk lebih memahami tentang kasih dan sayang dan berpesan kepada yang patah hati untuk tidak berhenti menyayangi.

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada. Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma Maha Pengasih dan Penyayang.

“Penderitaan manusia juga mulai ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segalanya.

“Terus terusan refleksi diri dari terus hanyut tanpa arah. Semoga hati-hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” luahnya.

Biarpun tidak menyebut nama, ruangan komen dibanjiri dengan andaian netizen yang mengaitkan luahan hati Mimi dengan isu perkahwinan bersama pelakon Syafiq Kyle yang dibatalkan saat akhir.

Terdahulu, hubungan Mimi dan Syafiq dikatakan berakhir seminggu sebelum mereka hendak mendirikan rumah tangga namun punca tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Jadi Kahwin Dengan Mimi Lana, 8 Kali Syafiq Kyle Beri Jawapan Sama – “Sorry, Soalan Lain?”

Maya Basir