Nama Terpalit Isu Penceraian Ketiga Engku Emran… Erra Fazira Bertegas Tak Pernah Beri Kenyataan, Berharap Henti Sebar Berita Fitnah – “Saya Hormat Privasi Dia Sebagai Bapa Aleesya…”

Berita penceraian, Noor Nabila dan Engku Emran sehingga kini masih menjadi buah mulut orang ramai di platform media sosial. 

Tidak kurang juga, nama pelakon, pengacara dan Primadona Malaysia, Erra Fazira yang turut menerima tempias dek berita penceraian bekas suaminya, Engku Emran. 

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Erra meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu atau blogger yang sengaja menambah bara api dengan mencipta kontroversi terhadap perjalanan kisah rumah tangga mereka suatu ketika dahulu. 

“Saya pernah hidup dengan dia. Lama pendam Erra dedah perangai sebenar Engku,” tulis blogger tersebut di kapsyen. 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Erra tidak berdiam diri dan tampil menjernihkan suasana perit itu dengan menegaskan beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan terhadap apa-apa jua isu rumah tangga bekas suaminya itu.

Menurutnya lagi, beliau menghormati Engku sebagai bapa kandung kepada puteri tercintanya Engku Aleesya.

“Jangan macam ni, nak sensasi sangat pun… jangan buat fitnah. Saya tidak pernah memberi sebarang komen seperti ini!

“Saya sangat menghormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan.. Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak. Sekian,” tulisnya. 

Sekadar info, Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Engku kemudian berkahwin bersama pelakon popular Indonesia, Laudya Cyntia Bella, pada 8 September 2017, namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai.

Seterusnya, Engku mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada 19 Mac 2021, namun bercerai secara talak satu pada 25 September 2023. 

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Artikel Berkaitan: “Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

Aqilah Paharuzi