Nama Tersenari Dalam Amaran Suruhanjaya Sekutiriti, Suami Heliza Helmi Bertegas Syarikat Miliknya Tak Buat Kerja Haram

Usahawan Mahadi Badrul Zaman terkejut apabila namanya tersenari dalam senarai aman pelabur eh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Isu tersebut menjadi sebutan hangat selepas tular satu ciapan memaparkan wajahnya dalam senarai tersebut.

Memetik laporan mStar, suami kepada selebriti Datin Heliza Helmi ini berkata dia akan berhubung dengan pihak SC bagi mendapatkan kepastiam mengenai isu itu.

“Saya dalam perjalanan ke pejabat SC. Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ni baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?

“Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi berkata pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai dirinya, bagaimanapun dia sedang berusaha untuk menyelesaikan hal itu dengan segera.

“Saya sudah berhubung dengan pihak polis tetapi mereka kata tiada apa-apa laporan dibuat terhadap saya.

“Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu.

“Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Mahadi menjadi perbualan hangat di media sosial selepas aktres sensasi, Fathia Latiff melemparkan tuduhan tidak berasas tuduhan suami Heliza adalah seorang scammer.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bengang Heliza Helmi Masuk Campur Isu Suami Scammer, Fathia Latiff Tampil Beri Teguran! – “Fake! Kau Acah Jihad, Tunjuk Baik Konon Ada Mesej Aku ”

Artikel Berkaitan: Nafi Suami Seorang ‘Scammer’, Heliza Helmi Enggan Saman Fathia Latiff – “1 Malaysia Faham Keadaan Dia”

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi