[VIDEO] Netizen Suka Dengar Gaya Percakapan Syamimia, Anggap Sesuai Jadi Pengacara – “Lemah Lembut Je… Teratur”

Pempengaruh, Syamimia menjadi perhatian warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syamimia atau lebih dkenali Mimi itu berkongsi sebuah video yang memaparkan dia sedang mempromosi sebuah kedai perabot.

Video berdurasi lebih satu minit itu turut memaparkan Syamimia sedang mencari sofa buat kediamannya sempena hari raya kelak di kedai perabot itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, sesetengah pengikut menyifatkan gaya percakapan Syamimia sesuai menjadi seorang pengacara.

Lebih menarik, ada juga yang berkata, Syamimia sesuai menjadi pengacara program majalah popular TV3, Nona.

Malah, ramai juga yang gemar mendengar Syamimia bertutur kerana sangat lembut dan tenang bila mendengarnya.

Untuk info, Syamimia tular apabila sering mempamerkan video-video kehidupan hariannya di rumah perumahan kos rendah.

Terdahulu, Syamimia dikritik hebat netizen apabila didakwa enggan berkongsi sebarang hantaran mengenai konflik yang berlaku di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Palestin & Patung Dewa David, Syamimia Mohon Maaf – “Ini Pengajaran Terbesar Dalam Hidup”

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan Mengenai Isu Palestin Dihentam, Netizen ‘Unfollow’ Syamimia! Dulu 1.1 Juta Followers, Kini Hilang Lebih 100,000 Kurang 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

Khairil Khusyairi