“Tak Nak Keluar Rumah, Malas Makan” – Alami Trimester Pertama Yang Teruk, Puteri Aishah Sibuk Buat Persediaan Sambut Putera Sulung

Pelakon Puteri Aishah kini sedang tujuh bulan hamil dan akui masih belajar banyak perkara sebagai persediaan untuk menyambut putera sulung mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri dan suaminya, Muhammad Firdaus juga sudah mula mencari keperluan bayi dan jenama yang berkualiti.

“Dari segi persiapan, tak terlalu banyak sangat memandangkan saya dan suami pun baru pertama kali nak menimang cahaya mata.

“Jadi, kami tak tahu nak beli apa dan kena pastikan barang apa yang penting untuk ada terlebih dahulu. Setakat ini, kami masih belajar-belajar, jenama apa yang bagus,” katanya.

Berkongsi tentang perkembangan kehamilannya, Puteri menyatakan rasa syukur kerana trimester ketiga ini berjalan dengan lancar.

“Sekarang, dah masuk bulan ketujuh kehamilan. Alhamdulillah, selepas trimester kedua, keadaan saya dah okay.

“Tak seperti ketika dalam trimester pertama di mana, saya rasa terkesan sampai rasa seperti tak mahu keluar dari rumah, malas nak makan dan sebagainya.

“Alhamdulillah juga, sekarang dah tak muntah-muntah dah,” katanya.

Untuk rekod, Puteri dan Firdaus telah mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan dijangka bakal bersalin pada pertengahan April nanti.

Maya Basir