“Nampak Buat Keliru, Kalut Pegang Duit..” – ‘Customer’ Didakwa Pukau Pekerja, Hilang RM180?

Tular di laman sosial mengenai seorang pelanggan yang didakwa menipu dengan memukau pekerja di sebuah kedai jualan tudung, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, video memaparkan pelanggan itu memulakan taktik dengan membayar RM100 untuk harga tudung bernilai RM20.

Individu berkenaan bertukar angin dengan tidak jadi membeli tudung dengan memulangkan semula baki RM80 dan duit RM100 yang dipulangkan pekerja telah disorokkan.

“Staff dah pegang duit baki, dan-dan tak jadi beli. Minta diskaun RM10, tudung RM20. tak dapat terus minta duit balik.

“Dapat balik duit RM100 terus pusing sorok duit dalam baju. Pusing balik terus jadi beli dan ambil duit baki tak jadi beli tadi. Buat-buat kalut supaya staff pening,” tulis di kapsyen.

@her.veils Replying to @liyana waffa video asal kena removed kita up balik bagi semua orang tak terkena dengan dia ni #fyp ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang berkongsi pengalaman yang sama, malah ada yang memberi nasihat untuk berjaga-jaga sekiranya bertugas di bahagian kaunter pembayaran.

“Pernah kena sekali rugi dalam RM180 lebih sekali dengan barang dia ambil. Sebiji macam dalam video.

“Kalau dah pulangkan duit customer, cepat-cepat letak balik dalam cashier. In case customer argue, saya check CCTV dulu sebab alasan dalam cashier tak boleh buka sebarangan,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana