[VIDEO] Timang Baby Boy, Emma Maembong Selamat Melahirkan Anak Kedua

Pelakon Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kg hari ini.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one. Baby Boy coming in hot at 3.4kg. Normal labor, Allah is the greatest. @Shariqgabriel big brother now,” tulis Shazli di kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih tumpuan rakan artis dan netizen yang rata-rata membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

“Alhamdulillah, hello sayang. Selamat datang ke dunia.

“Alhamdulillah tahniah. Sedapnya bau baby. Rindu bau anak-anak masa baby. Sekarang dah besar bau masam.

“Congrats both, semoga anak ini membesar dengan sihat,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Emma telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Shariq Gabriel.

Izzi Farhana