Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Pasti ramai mengenali bekas wartawan Melodi yang terkenal dengan segmen Terjah, Nas Ahmad.

Sering mengupas isu-isu selebriti dan hiburan tanah air, kehadiran Nas dinantikan penonton pada setiap hari Ahad di TV3.

Terkini, menerusi ciapan personaliti televisyen, Fedtri Yahya di Twitter, kesihatan Nas semakin merosot kerana dikhabarkan diuji dengan masalah jantung.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” tulisnya.

Di dalam foto tersebut, Nas seperti sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Meninjau reaksi ciapan terbabit, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Nabila Huda dan Nadia Aqilah turut mengirimkan doa agar diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

“Allahuakbar. Doakan Abang Nas cepat sembuh. Sampaikan salam Abil pada Abang Nas ya,” kata Nabila Huda.

“Allahuakbar. Semoga dikurniakan kesihatan Abang Nas,” ujar Nadia Aqilah.

“Ya Allah. Ni zaman saya kecil-kecil ni. Semoga dipermudahkan urusan.

“Ya Allah! Lainnya dia sekarang. Semoga dipermudahkn segalanya. Semoga kembali sihat, kembali sembuh,” komen netizen.

Maya Basir