Categories: HiburanSelebriti

NASKAH YANG TERAKHIR? – ERMA FATIMAH

Pesan Dari Tuhan bukanlah naskah yang terakhir daripada pelakon dan pengarah Erma Fatimah. Tetapi, ia adalah untuk memberi peluang kepada pengarah baru untuk terus berkarya dan bertanding di pentas ASK seterusnya.

Pesan Dari Tuhan rangkul Drama TV terbaik ASK32

Setelah beberapa kali turun naik pentas Anugerah Skrin iaitu pada kemenangna pertamanya pada tahun 1995, Erma Fatima telah meluahkan hasrat hatinya untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri.

“Saya rasa dah sampai masanya untuk saya berhenti bertanding. Maksud saya andainya saya rindu untuk mengarah, saya akan tetap mengarah cuma saya hendak berhenti bertanding diatas pentas Anugerah Skrin ini. Biarlah saya memberi peluang kepada pelapis-pelapis yang lain dan direktor-direktor lain juga untuk berada diatas pentas ini.”

Bagi Erma dia begitu bersyukur kerana Pesan Dari Tuhan merupakan karya yang cukup berharga dan istimewa kerana terlalu banyak perkara yang telah dilaluinya untuk merealisasikan drama ini ditayangkan di tv. Apa-apa pun tahniah diucapkan kak Erma!

 

Salma Syahbuddin