Naufal Azrin & Nuha Bahrin Kongsi Foto Naik Pelamin, Gimik Atau Benar?

Pasangan duet lagu Casablanca Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar bersanding di atas pelamin, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, kedua-dua penyanyi tersebut telah berkongsi foto mereka berpakaian pengantin yang lengkap berwarna putih.

Malah, mereka juga turut memberi gambaran seperti ada sesuatu yang penting bakal berlaku pada 24 September ini.

“Awak pasti ke 24/9 ?,” tulis Nuha.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada yang menyifatkan perkongsian tersebut sebagai gimik single terbaharu mereka sebagai kesinambungan lagu Casablanca.

“Hint lagu baru ke

“Mcm sambungan lagu Casablanca jer hrmmm. Btw You guyss looking so cute

“Tajuk atau sungguh kawin?,” komen pengikutnya.

Biarpun masih belum tahu kesahihannya, perkongsian itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah dan restu dari pengikut mereka.

“Kawen betul2 ke tipu2 ni? Kompiussss

“Dari lagu semoga jadi nyata ya kak. Aamiin.

“Congratulations ya hemm jadi kesem Sem

“Congrate my fav couple.” komen netizen.

Sebelum ini, nama Naufal dan Nuha melonjak naik selepas lagu Casablanca nyanyian mereka menerima sambutan yang luar biasa sehingga meraih lebih 2o juta tontonan di Youtube.

Dalam masa sama, terdapat juga pihak yang mendakwa foto yang dimuat naik adalah gimik untuk melancarkan single lagu baharu selepas kejayaan Casablanca yang berjaya meraih lebih 20 juta tontonan di YouTube.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Nuha dan Naufal bagi mendapatkan komen berkenaan foto yang dimuat naik, namun panggilan dan mesej tidak dibalas.

Fatin Nurain