Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Timang Cahaya Mata!

Pasangan pelakon Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina memaklumkan dirinya telah melahirkan anak lelakinya melalui proses pembedahan.

“Assalamualaikum anakanda ku..

“Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..

“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.

“Baba & Mama love you so much,” tulis Uyaina.

Setakat ini, pasangan pelakon itu masih lagi belum mendedahkan nama dan wajah putera sulung mereka itu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan teruja untuk melihat wajah anak mereka.

Fatin Nurain