Neelofa Tak Gentar Lantang Bersuara Isu Palestin – “PM Israel Ini Darahnya Halal Untuk Dibun*h Oleh Orang-Orang Mukmin”

Selebriti popular Neelofa akui tidak gentar apabila perkongsiannya mengenai isu Palestin dikatakan terlalu lantang sehingga mengunakan bahasa yang kasar.

Memetik laporan Media Hiburan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kekejaman yang dilakukan Israel wajar ditentang malah layak menerima cercaan yang lebih hebat dari dunia.

“Ada pihak mengatakan bahasa yang saya gunakan di kapsyen itu agak kasar. Sebelum saya muat naik sebarang hantaran, saya akan kongsi dahulu kepada suami.

“Jawapan suami, secara umumnya, Perdana Menteri Israel ini darahnya halal untuk dibun*h oleh orang-orang mukmin. Mereka memang layak menerima cercaan malah lebih daripada itu lagi.

“Bagi figura-figura beragama Islam yang takut bersuara, ketika anda sedang takut ini, ada orang bukan Islam di luar negara yang akan bersuara dan menyokong perkara yang anda takutkan ini,” katanya.

Tambah isteri kepada pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz itu lagi, umat Islam tidak perlu takut dalam menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Malah mengakui dia juga pernah hilang ‘keistimewaan’ apabila memilih untuk berhijrah suatu ketika dahulu namun masih dikurniakan rezeki hingga kini.

“Sebagai muslim yang beriman dan faham tentang kepercayaan kepada hari akhirat, kita kena faham dahulu kenapa Palestin ini perlu dipertahankan dan apa istimewanya Masjid Al-Aqsa.

“Kalau ada yang takut atau tak berani untuk bersuara, mungkin mereka kurang kefahaman tentang ilmu tersebut.

“Bagi pandangan saya, kalau nak bercakap soal takut, saya telah melalui pelbagai fasa dalam hidup daripada tak bertudung ke berhijab dan seterusnya berniqab.

“Perkara itu juga boleh menyebabkan saya hilang macam-macam tapi sehingga saat ini Allah masih memberikan rezeki,” jelasnya.

Neelofa yang sering memuat naik perkongsian mengenai keadaan terkini di Gaza itu akui jiwanya terobek dek kekejaman yang tidak berkeperimanusiaan itu.

“Sebagai ibu bapa yang punyai dua orang anak lelaki yang masih kecil, kesannya memang agak berbeza berbanding peristiwa sebelum ini.

“Perasaan, emosi dan mental itu lebih dekat dengan saudara-saudara Islam di sana yang anaknya hilang, cedera dan disiksa dengan kejam.

“Apa yang sedang berlaku ini secara tidak langsung membangkitkan semangat umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia,” tutupnya.

Neelofa antara selebriti yang lantang berkongsi informasi mengenai konflik di Gaza dan terbaharu memuat naik gambar Perdana Menteri Israel dengan melabelkan sebagai penjenayah yang akan menghiasi neraka Jahanam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang Kongsi Isu Palestin, Akaun TikTok Nadiyah Shahab Lesap, Hilang 400,000 Pengikut!

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan Mengenai Isu Palestin Dihentam, Netizen ‘Unfollow’ Syamimia! Dulu 1.1 Juta Followers, Kini Hilang Lebih 100,000 Kurang 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Minta Ummi Nazeera ‘Unfollow’ The Rock, Ini Penjelasan Tuan Badan – “Saya Tak Terima Apa Yang Dia Buat”

Sumber: Media Hiburan

Khairil Khusyairi