Fizo Omar Bengang Perkongsian Tentang Palestin Kerap Dibuang

Pelakon dan usahawan Fizo Omar tampil meluahkan rasa kurang puas hatinya kerana setiap perkongsiannya berkenaan isu Palestin di Instagram dibuang.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fizo menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi.

Menurut Fizo, perkara itu kerap berlaku setiap kali dia cuba berkongsi tentang isu tersebut sedangkan orang lain tidak dikenakan tindakan yang sama.

“Kenapa ek kalau saya share pasal Palestine terus jadi macam ni. Tapi banyak je orang share boleh je?,” tulisnya.

Prihatin dengan perkongsian pelakon itu, rata-rata pengikutnya tampil memberikan tips dan panduan untuk berkongsi tentang isu tersebut di ruangan komen.

 

Fatin Nurain