Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

Susulan teguran diterima daripada model Zahnita Wilson baru-baru ini, pengacara terkenal Neelofa mengaku tidak terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Kata Neelofa ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Chatime X Neelofa di Hotel Royal Chulan Damansara, dia menyifatkan teguran itu sebagai perkara kecil.

“ Saya tak marah atau kecil hati cuma sedikit pelik sahaja. Mungkin lebih manis sekiranya dia tegur secara peribadi atau sampaikan kepada team saya.

“ Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif,” tambah Lofa.

Beliau juga memaklumkan tiada masalah sekiranya bertembung dengan model berkenaan di mana-mana acara selepas ini.

“ Saya tidak mengikutinya di Instagram tetapi jika selepas ini terjumpa di mana-mana acara, saya tiada masalah untuk bercakap dengannya,” komen Neelofa.

Terdahulu, Zahnita menegur tindakan Neelofa yang memuat naik sekeping gambar di sebuah gurun di mana lokasi berkenaan menyaksikan ratusan keluarga sedang menderita di sana.

Sementara itu, Neelofa juga memaklumkan menerima mesej peribadi selepas ia mula tukar di sosial media.

SGMS Fas