Nenek Disahkan Positif COVID-19, Elfira Loy Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya disahkan positif Covid -19.

Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27 sempat berkongsi keadaan neneknya yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama, sebelum ujian kedua yang dilakukan semalam menunjukkan keputusan sama.

Disebabkan itu, sekarang neneknya terpaksa dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di sana.

“Saya terima berita sedih semalam tetapi baru hari ini dapat hadam. Akhirnya hari yang saya paling takuti telah tiba.

“Nenek saya disahkan positif untuk ujian calitan pertamanya pada 8 Jun. Keputusan PCR kedua yang dilakukannya semalam juga menunjukkan keputusan sama,” tulisnya.

Susulan itu, Elfira memohon peminatnya untuk mendoakan kesihatan neneknya dan berharap simptom dialami tidak teruk.

“Mohon doakan ya buat nenek saya, Siti Rokiyah Saad. Harapnya simptom tak teruk. Sekarang dia cuma alami demam biasa.

“Tetapi dia baru lepas menjalani pembedahan kencing manis. Syafakillah Atuk,” katanya lagi

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”