“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton

Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. membuatkan drama ini mendapat tempat di hati para penonton.

Meninjau di laman Twitter, rata rata netizen meluahkan emosi apabila menonton watak antagonis Mak Yek yang dilakonkan oleh Didie Alias dalam drama tersebut.

Malah ada yang mengatakan watak antagonis Mak Yek benar benar memberi kesan dan menggambarkan watak seorang isteri yang derhaka.

Walaubagaimanpun, para penonton sedikit kecewa apabila tayangan drama ini terpaksa dihentikan dan episod akhir pada musim pertama disiarkan semalam.

Penerbit yang juga penulis skripnya, Siti Rosmizah berkata, pihaknya tidak sempat menyiapkan baki penggambaran dari episod 21 hingga 40 memandangkan penggambaran yang bermula Disember tahun lalu beberapa kali dihentikan.

Menurut Siti Rosmizah, dia kecewa apabila karyanya itu terpaksa dihentikan sementara dan berharap penonton terus bersabar.

“Ramai penonton menghantar mesej peribadi di Instagram bertanyakan mengenai penangguhan drama ini. Sejujurnya memang rasa sedih dan kecewa sebab terpaksa dihentikan. Namun, kita kena fikir nyawa dan keselamatan semua orang” katanya.

Kalau korang terlepas episod akhir semalam jangan lupa saksikan di Youtube TV3Official

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”